berdasarkan tajuk post mesti dah dapat agak kan aku nak cerita sesuatu yg sedih? hmm. sebenarnye aku rase rendah diri sangat, selalu rase layak ke aku ni dengan dia? setaraf ke aku? dia yg aku maksudkan adalah seorang lelaki yg special bagi aku senang cerita teman istimewa la. kalau nak dicerita kisah permulaan kami macam cerita novel kot atau lebih kurang lagu kimia. gabungan cerita novel dan lagu kimia. aku bukan nak cerita kisah permulaan kami tapi aku nak cerita tentang ape aku rase antara kami yg sebabkan aku tulis tajuk post ni.
kami sebaya. tapi kami lain sekolah. dia SPM mesti lah aku SPM jugak kan. kami belom rapat time tu kami cume same tuisyen cume usha-mengusha gituuu. kami rapat lepas SPM. bile SPM dia dapat result bagus 7A. aku cume dapat 5A. aku malu dgn dia. masing-masing isi UPU. aku tak pernah bagitahu result SPM aku detail dekat dia sebab aku maluuu. sampai sekarang taw dia tak twu. isi UPU pn aku tak bagitahu dia ape aku mohon.
dia mohon uitm sebab dia cakap abg-abg dia semua masok uitm. dia mintak engineering sebab dia memang minat sangat lagipun dia pandai. A dia pun tough. add math, fizik. aku? lingkuppp. hmm. firsttt, Matrikulasi punye result dia dapat. aku tak dapat. aku dapat form6. tapi awal-awal dia cakap dia taknak matrik. bile result UPU keluar, dah sah-sah la dia dapat. UiTM kos Civil Engineering. aku ? hmmm hampeh. tak dapattt. aku malu sangat. kawan-kawan yg tak dapat U pun dorang dapat matrik. takpe la. aku nangis taw. sedih giler. dia cakap, takpe, buat rayuan. sekali lagi aku tak bagitahu ape aku mohon dalam rayuan. aku pura-pura lupe. lagipun dia tu banyak komplen. aku malas la. huhuu. bile result rayuan keluar....aku still tak dapat jugak. hmmm. takpe la aku putuskan masuk form6 dulu.
aku tunggu result Politeknik. tunggu punye tunggu alhamdulillah aku dapat kos Information Technology. aku ragu-ragu nak masuk poli or stay form6. dia suroh mohon second intake UPU. aku malas. aku cakap, aku taknak kejar name semate nak masuk U aku kejar mase. lagipun ramai cakap poli lebihkan praktikal yg diperlukan industri sekarang.
tapiii walaupun dah nak masuk sem3 aku masih rase rendah diri. aku selalu fikir, bandingkan antara dia dengan aku. dia budak universiti, kos bagus pulak tu. engineering. aku ni cume budak poli. kos IT je. ramai orang rendahkan budak IT. dorang cakap nape amek IT kan dah ramai sangat peluang sempit la ape la aku diamkan je.
lepas tu adik dia yg baru lepas SPM pun dapat masuk uitm. aku lagi down. aku fikir, adik beradik dia semua masuk universiti. adik beradik aku setakat ILP, STPM. aku pulak Politeknik je. family dia, dia selalu cerita ade yg engineer, ade yg itu ade yg ini. aku lagiiii rendah diri. family dia kerja bagus-bagus. family besar la kan. aku family aku pulak semua biase-biase je.
kadang aku fikir. dia boleh dapat lebih baik dari aku. boleh dapat yg lebih cantik, budak U kan ramai. engineering macam dia jugak ke. aku terfikir jugak, layak ke aku ni dengan dia, setaraf ke aku ni dgn dia. boleh meleleh air mate kalau kenangkan bende-bende ni.
hmmm. kalau ade jodoh...insyaallah...
aku selalu berazam, aku akan cube buat diri aku boleh rase aku setaraf dengan dia. akan datang nanti.
mohon doakan kekuatan aku :')

